Rakaman Kelas Bisnes

Sekarang ni, perasan tak makin ramai orang nak buat bisnes? Semakin ramai yang mencari sumber pendapatan tambahan kerana kesesakan hidup dan masalah ekonomi. Pak menteri pun dah nasihatkan buat #2kerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Ramai dah mula menyahut seruan tu.

Bila semakin ramai yang mencari-cari peluang untuk buka perniagaan baru, ramai juga lah ‘jerung’ yang mencari mangsanya. Jerung-jerung ini menawarkan peluang perniagaan yang (kononnya) menguntungkan. Akibatnya, orang-orang baru ini tertipu, tersontot kerana tersilap percaturan. Diwaktu sebegini jugalah muncul banyak cikgu-cikgu bisnes ‘segera’ yang mengajar konsep bisnes yang tidak tepat. Bila peniaga baru gunakan formula ‘instant’ yang diajar ‘cikgu-cikgu bisnes segera’ ini, duitnya dapat tapi hasilnya 3 tahun tak sempat.

Puncanya, mereka tak dapat membezakan buat duit dengan buat bisnes. Ada perbezaan yang besar dan ketara antara buat duit dan buat bisnes. Buat duit, hakikatnya jauh lebih mudah dan cepat.

Salah satu contoh, beli air tin sedozen di Mydin dengan harga RM 12, kemudian jual semula  dengan harga RM 2.50 setin. Maka untung bersih adalah RM 18. Nak lebih banyak duit dan untung, jual lebih banyak menggunakan mediumFacebook Ads, Google, Pasar malam, stokis, ejen, dan lain-lain. Kalau satu dozen untung RM 18, anda perlu jual 1000 dozen untuk dapatkan untung bersih RM 18,000. Selepas tolak kos pengiklanan dan pengangkutan, anda boleh untung bersih sehingga RM 15,000.

Pada waktu ini, anda sudah terfikir untuk menghasilkan untung bersih RM 150,000 sebulan pula. Haa.. disini lah datangnya BISNES. Anda perlu tahu, nak hasilkan RM 150,000 sebulan tak sama dengan nak hasilkan RM 15,000 sebulan. MASALAH ramai orang orang adalah mereka TETAP menggunakan formula yang SAMA!

Anda boleh buat puluh-puluh ribu dengan menggunakan ilmu buat duit. Tapi anda tak boleh kembangkan keuntungan anda jika anda masih lagi one-man-show.

“EH, AKU ADA STAF LAH!”

Cuba lihat balik, adakah staf yang anda ambil tu mengikut undang-undang buruh Malaysia? Anda dah ada visi dan misi yang jelas diterangkan kepada staf? Ada budaya kerja yang memotivasikan staf? Surat tawaran kerja tu betul-betul proper ke? Macam mana dengan payslip, salary statement, kwsp, socso, sistem kerja staf, cuti tahunan? etc? Dan soalan paling penting, adakah staf yang diambil tu untuk sekadar mampu membantu anda jadi lebih sibuk?

Sebelum saya cerita lebih panjang, cuba anda lihat senarai ni..

Kalau anda betul-betul nak buat bisnes dengan saya, luangkan masa 2 hari bersama saya untuk pelajari perkara-perkara ini:

 

  • Boleh tak bisnes anda bergerak sendiri TANPA anda?

  • Bolehkah anda bercuti sebulan dua tapi bisnes anda berjalan macam biasa?

  • Bila staf baru masuk, boleh ke dia buat kerja TANPA anda monitor setiap hari?

    Sekarang mungkin anda dah nampak lebih clear sedikit. Jika anda pernah membaca buku-buku Robert Kiyosaki, anda akan tahu apa itu buat duit dan apa itu bisnes. Sayangnya, ramai orang kita hari ni pandai buat duit dan pandai kerja sendiri untuk cari duit tapi tak pandai jalankan bisnes.

    “Kalau anda buat duit, semakin banyak sales anda, semakin sibuk dan penatlah diri anda”

    Bisnes pula berbeza. Semakin banyak income, semakin relakslah anda nanti.

    Jadi sekarang, jika anda nak belajar buat bisnes, saya sarankan anda hadir ke Kelas Bisnes saya. Sejujurnya sayatak rancang nak buat seminar dan kelas sebegini kerana asalnya saya dah tekadkan diri saya untuk lebih banyak duduk belakang tabir. Tapi ada satu kejadian telah mengubah pendirian saya. Iaitu kejadian apabila bayi sulung saya dimasukkan ke hospital pada Disember lepas. Saya bertekad selepas kejadian itu, saya ingin membantu lebih ramai orang lagi. Tragedi tersebut memotivasikan diri saya.

    Saya boleh duduk diam simpan ilmu bisnes saya dan terus jalankan perniagaan penerbitan buku, media, produk kesihatan, fesyen, dan software saya. Tetapi beberapa perkara yang terjadi sejak Disember lepas benar-benar memberi kesan kepada cara saya berfikir sekarang..

     

  • Saya lihat semakin ramai orang mempunyai masalah kewangan. Di hospital, tak semua orang mampu membayar bil perubatan untuk anak mereka.

  • Saya nampak semakin banyak kursus diluar sana mengajar benda yang tak tepat. Susah nak cari orang yang betul-betul walk the talk. Akibatnya, ilmu yang dikongsikan hanya akan menyesatkan mereka yang betul-betul dahagakan ilmu. Terlalu banyak ‘ajaran sesat’ dalam bisnes.

  • Harga kursus-kursus, seminar-seminar semakin mengarut dan tak masuk akal! Saya nampak orang bergolok bergadai semata-mata nak pergi belajar bisnes akibat terpengaruh dengan ayat-ayat hype si penjual diatas pentas.

Saya boleh berkongsi di blog dengan cara menulis sahaja. Tapi, konsistensi adalah satu masalah saya. Bila saya sibuk dengan meeting diluar pejabat, saya memang tak dapat nak menghadap laptop untuk update blog.

Saya juga boleh ajar terus melalui video. Tetapi ianya akan makan masa sebab proses rakaman dan editing adalah sesuatu yang memakan masa staf saya. Sedangkan ada perkara yang lebih besar kami perlu achieve.

Nak buat seminar, serius saya dah penat buat masa ni. Saya boleh buat seminar dengan audiens yang ramai, tetapi saya boleh cakap yang buat masa ni saya tidak mahu pilih cara tersebut. Bagi orang yang pernah buat seminar setiap hujung minggu kembara seluruh Malaysia, memang seronok masa tu. Tetapi sekarang saya perlu menjaga 8 syarikat dalam industri berbeza (samada sebagai CEO, pelabur, dan juga mentor), buat seminar sendiri dengan audiens ramai bukanlah pilihan saya buat masa ni.

Kalau anda betul-betul nak buat bisnes dengan saya, luangkan masa 2 hari bersama saya untuk pelajari perkara-perkara ini:

 

  • START

    Apa yang anda perlu buat untuk mula berniaga. Patutkah anda daftar dulu? Atau cari idea dulu? Atau buat je dulu? Atau rancang dulu? Mungkin nak cari modal dulu? Mana satu?

  • CAPITAL

    Bagaimana nak dapatkan modal. Saya mula meniaga dengan tidak menggunakan sebarang pinjaman. Guna modal sendiri. Sampai sekarang masih belum membuat sebarang pinjaman. Ada antara syarikat saya menggunakan konsep pelabur. Macam mana nak dapat modal tanpa meminjam? Kalau nak meminjam pula macam mana? Macam mana nak dapatkan pelabur untuk melabur dalam syarikat anda?

  • RECRUIT

    Bagaimana nak rekrut staf anda? Bila patut anda rekrut staf pertama? Apa proses rekrut staf? Bagaimana nak menarik staf berbakat? Siapa patut jadi staf anda? Lain industri, lain cara untuk dapatkan staf berbakat.

  • PLANNING

    Buat bisnes, kita perlu berfikir sebagai orang yang membuat mesin.Buat sistem terbaik untuk bisnes kita. Bagaimana? Bagaimana nak buat business plan? Nak buat picth deck macam mana?

  • banyak lagi saya akan kongsikan. Dan jika anda menjadi peserta dimana saya menjadi trainernya, anda boleh tanya saya apa saja soalan tentang bisnes.

    Cuba fikirkan..

    Anda sibuk nak jadi usahawan macam Tony Fernandes tapi anda sibuk fikir macam mana nak buat Facebook Ads? Tepat ke? Adakah CEO Tune Group tu tahu buat iklan Facebook Ads? Tak salah belajar FB Ads sebab saya pun ada ajar FB Ads (bukan dalam kelas ni) tapi nak buat bisnes, anda perlukan ilmu bisnes. Itu ilmu marketingyang mana anda hanya patut hantar staf anda sahaja.

    Adakah anda fikir Steve Jobs yang anda idolakan selama ini hebat dalam marketing? Dia tau ke buat software danphone? Atau dia pandai buat bisnes? Mana satu pengetahuan dan skill yang dia ada? Buat bisnes ataumarketing? Dalam biografi Steve Jobs, cara Apple menjual adalah melalui agensi luar yang buat iklan untuk mereka. Serta staf pemasaran Apple lah yang berbakat dalam pemasaran.

    Anda boleh belajar marketing. Anda juga boleh belajar menjual. Anda boleh belajar cara buat produk sendiri. Tapi kalau anda belajar bisnes dalam Kelas Bisnes, anda tak perlu belajar marketing, menjual, dan buat produk sendiri. Saya ajar macam mana nak cari staf yang pandai buat semua tu untuk anda. Sebab tugas utama anda bukanlah memasarkan produk, buat produk, dan jual produk. Kerja utama anda adalah merancang visi, mendapatkan modal permulaan syarikat, menyediakan sistem syarikat, mencari dan memotivasi staf hebat, dan menjadi ketua pasukan.

    Dan Rakaman Kelas Bisnes saya akan mengajar itu..

 Slide2 yang dikongsi di dalam rakaman Kelas Bisnes Ini :

1. 4 Perkara Perlu Ada Untuk Mula Bisnes Cara Betul.
2. Macam mana nak dapatkan partner, perjanjian partnership, dan undang2 dalam berpartner.
3. Bagaimana membuat pengagihan ke 3 bahagian modal.
4. Cara-cara buat fund raising dan melatih skill fund raising.
5. Macam mana nak keluarkan modal sendiri sebagai modal modal permulaan.
6. Lubuk-lubuk mendapatkan pinjaman perniagaan mudah.
7. Lubuk-lubuk mendapatkan duit geran percuma.
8. Macam mana nak cari angel investor yang sesuai untuk invest terhadap syarikat kita.
9. Rules dan cara mendapatkan fund dari Venture Capital luar negara.
10. Bagaimana nak hasilkan rancangan perniagaan yang lulus pinjaman dan menarik geran.
11. Bagaimana menghasilkan Pitch Deck yang dicari-cari investor.
12. 4 undang-undang sumber manusia yang tak boleh dielakkan oleh pemilik bisnes. Boleh kena tangkap kalau tak follow.
13. Bagaimana membuat recruitment berkesan tetapi dibawah kos yang sangat rendah. Sesuai untuk bisnes kecil tetapi teknik ni selalu digunakan oleh syarikat gergasi.
14. 6 jenis surat dan dokumen yang WAJIB ada antara majikan dengan staf yang selalu diabaikan pemilik bisnes.
15. Jenis-jenis latihan dan bagaimana nak melahirkan superstar didalam syarikat melalui latihan ini.
16. Cara-cara membina sistem dan SOP dengan lengkap dan betul supaya bisnes boleh diwariskan dan exit dengan sempurna.
17. Cara-cara nak kenalpasti dan retain talent yang bagus dalam syarikat.

BONUS

** Bagaimana melahirkan syarikat yang membuatkan pemilik bisnes dan pelabur sentiasa senyum

👆👆Itu antara yang ada di slide. Tak termasuk lagi sessi soaljawab dan perkongsian impromptu. Saya akan muntahkan ilmu-ilmu dan pengalaman saya sebagai COO, CEO, dan investor untuk lebih 10 syarikat pelbagai industri seperti software, training, buku, media, kesihatan, fesyen, servis.

 

Harga asal:RM497

Harga selepas diskaun :RM100   

Jumlah durasi video : 2 jam 20 minit ++                                                                   Video video ini dirakam pada tahun 2016.

Sila ke page tempahan produk untuk mendapatkan rakaman Kelas Bisnes ini.

Penafian : Laman web ini tidak ada kena mengena dengan Tuan Ammar Zahar dan Jootawan Group.
Produk produk Jootawan yang dijual di laman web ini didapatkan dari lesen jualan semula dari Jootawan Group.