Premium Sejuta Setahun

sejuta setahun

Ingin Mendapat Sejuta Setahun Menggunakan Formula Beliau ?

Persoalannya, bagaimana untukk mendapatkan sejuta setahun ?

Berikut merupakan formula Tuan Ammar Zahar kerana beliau sudah mencipta multiple businesses yang sedang menjana jutaan ringgit setahun dan ada yang berpotensi ke arah menjana jutaan ringgit setahun.

Beliau mempunyai checklist. Beliau berkongsi checklist hanya kepada orang-orang tertentu sahaja kerana checklist tersebut adalah sangat istimewa. Ianya simple tetapi adalah checklist yang wajib setiap kali beliau hendak memulakan bisnes baru dan setiap kali hendak menubuhkan syarikat baru.

Anda boleh ikut dan salin checklist ini.

Calculation

Calculation merupakan perkara pertama yang anda perlu tahu. Anda perlu tahu berapa kos produk anda dan kena tahu very detail. Berapa kos pembungkusan, berapa kos tenaga kerja untuk menghasilkan produk tersebut dan sebagainya.

Biasanya, orang lupa untuk memasukkan kos tenaga kerja kerana dia yang buat semua benda sendiri. Dia sendiri merupakan tukang jahit, tukang pergi beli kain, tukang jual dan tukang promosi sehingga dia lupa untuk memberi diri dia gaji. Selain itu, walaupun anda membuat daripada rumah, masukkan siap-siap kos sewaan.

Seterusnya calculation saiz pasaran. Saiz pasaran, berapa besar saiz pasaran anda, berapa orang sasaran pembeli, berapa jumlah pesaing yang anda ada. Ini wajib ada.

Sama ada anda membuat bisnes yang besar ataupun bisnes kecil-kecilan. Bisnes besar atau bisnes kecil-kecilan bezanya adalah pada saiz pasaran. Anda perlu tahu berapa saiz besar pasaran anda. Adakah saiz pelanggan anda dalam Malaysia sahaja ataupun dalam kampung anda sahaja ataupun dalam taman anda sahaja.

Bagaimana nak tahu saiz pasaran anda, anda perlu kaji dan tengok betul-betul. Anda perlu rujuk kepada badan-badan yang wajib, contohnya anda pergi SSM untuk semak saiz pasaran anda.

Kalau nak semak melalui internet, ambil satu hari atau seminggu untuk tahu saiz pasaran dan untuk tahu berapa banyak pesaing yang anda ada.

Malangnya, banyak usahawan baru apabila start bisnes baru, dia akan cakap, “Saya punya bisnes adalah yang pertama sekali sebelum ni tak ada lagi”.

Tetapi apabila dikaji dan disemak di internet untuk tengok betul ke bisnes tersebut yang pertama, rupanya dah berlambak orang buat bisnes yang sama dah bertahun orang buat bisnes itu.

Anda ingat anda yang pertama. Rupanya anda baru tahu dan bila dah tahu, sudah agak terlambat sebab anda sudah start setup bisnes tersebut dan telah makan masa dan kos yang tinggi. Jadi anda baru tahu anda bersaing dengan orang yang lebih banyak duit daripada anda.

Projection

Seterusnya ialah projection. Anda perlu tahu milestone anda. Apa rancangan anda untuk 1 bulan. Apa plan anda dalam bulan ni dan apa plan anda dalam satu kuarter. Apa plan anda setengah tahun ni dan apa plan anda dalam 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun akan datang.

Milestone sangat-sangat penting. Seterusnya dalam bahagian ini adalah PROFIT. Anda perlu tahu bila anda akan dapat untung dari bisnes dan berapa % keuntungan. Anda kena tahu juga bagaimana untuk mendapatkan lebih untung dengan mendapatkan volume yang lebih.

Bila anda menjual lebih banyak produk, maka anda boleh jimat lebih banyak di bahagian kos kerana anda beli pukal. Anda perlu tengok bila anda akan mencapai profit dan berapa banyak profit anda serta berapa jumlah peningkatan dari segi peratusan untuk profit anda mengikut 1 bulan, 1 kuarter, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.

Action

Dalam bahagian Action, pertama sekali anda perlu tahu production. Production bermaksud anda perlu hasilkan produk prototaip anda, percepatkan proses production menggunakan sumber sekeliling anda dahulu, maksudnya gunakan apa yang ada di tangan.

Kalau tidak ada produk, gunakan apa yang anda ada. Apa kepakaran yang anda sudah sedia ada ataupun produk-produk yang anda memang dah sedia tahu. Apabila sudah tahu sumber dia serta dah tahu bisnes tersebut, barulah kita buat. Ini antara action yang perlu diambil bahagian production.

Action kedua yang perlu diambil adalah bahagian Operation. Anda perlu kumpul pasukan untuk mempercepatkan proses. Kalau semua benda anda buat seorang, memang tidak ada masa. Lebih-lebih lagi kalau orang yang sedang bekerja sambilan. Bila kerja sambilan, anda bekerja dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 petang. Malam baru nak buat bisnes.

Kalau seorang, anda lah yang pos barang, pergi pejabat pos, bungkus, tulis alamat dan anda yang cari produk, jadi memang tak ada masa. Memang susah. Anda perlu tahu macam mana untuk kumpul pasukan untuk cepatkan proses.

Dan yang ketiga ialah kepakaran dan favourite Tuan Ammar Zahar, iaitu Marketing. Anda perlu bina jenama, buat positioning pasarkan produk dan close sales. Ini adalah aktiviti-aktiviti marketing yang anda perlu buat. Yang beliau tunjukkan ini adalah satu aktiviti yang wajib dalam sesebuah perniagaan.

Bagaimana Jika Anda Ditawarkan Bantuan Untuk Mencapai Sejuta Setahun?

Kalau anda buat sendiri, insyaAllah boleh dapat. Tapi mungkin susah sikit sebab anda tiada mentor. Contohnya, macam mana nak masak Nasi Arab tanpa ada orang ajar ? Macam mana nak overhaul kereta Audi kalau tiada siapa yang tunjuk cara ? Macam mana nak menjadi Pemain Terbaik Ballon D’or kalau anda tidak mempunyai jurulatih ?

Anda akan dibantu oleh Tuan Ammar Zahar sehingga ke tahap itu secara direct dengan anda. Beliau akan bantu secara lebih detail dengan anda. Oleh itu, beliau kongsikan 1 pakej iaitu Pakej Sejuta Setahun. Sebenarnya, Tuan Ammar Zahar dah lama tak jual kursus macam ni. Beliau dah lama tak buat produk-produk digital sejak buat seminar bermula pada tahun 2012, dan beliau start buat balik tahun ni kerana beliau makin tak ada masa untuk buat seminar.

Kalau sebelum ni, Tuan Ammar Zahar buat seminar hampir setiap minggu dan setiap bulan. Tapi sekarang tak lagi. Oleh itu, beliau berkongsi dengan anda melalui produk yang boleh didapatkan sekarang iaitu video tutorial “Sejuta Setahun”. Pakej yang anda lihat sekarang ni.

Modul2 yang ada di dalam video tutorial “Sejuta Setahun” :

MODUL 1 – FOUNDATION

Pertama sekali, beliau berkongsi tentang modul Foundation. Foundation sangat penting untuk membina bisnes kerana tidak ada manfaat jika anda jalankan bisnes tanpa ada foundation. Bila hendak mula bisnes, anda perlu ada foundation, perlu ada tapak dan asas.

Jika nak melukis, anda perlu lakar rangka dulu kan ? Anda tidak lukis terus mata dulu. Anda perlu lukis rangka muka dia dulu. Jika nak lukis pelan, anda kena lukis rangka dan perlu ukur dulu. Jika nak buat rumah, anda perlu bangunkan foundationnya dulu.

Sama juga seperti anda yang nak berbisnes. Anda perlu buat bisnes macam anda membina 1 bangunan. Anda perlu ada foundation. Tidak boleh jika tidak ada foundation. Kalau nak make up pun kena ada foundation, betul tak ? Tak boleh terus tepek dan terus siap. Perlu ada foundation. Cuba lihat dibawah apa yang akan anda belajar dalam pakej berbayar Sejuta Setahun.

  • Bagaimana nak daftarkan bisnes mengikut undang-undang cara sebenar.

    • Ini yang basic dan asas. Bagaimana untuk daftar bisnes mengikut undang-undang yang sebenar. Ini untuk anda yang belum mendaftarkan bisnes atau belum biasa. Anda hanya menggunakan entreprise sahaja sebelum ini. Jadi, anda akan dibimbing untuk mendaftar menggunakan undang undang yang sebenar.

  • Bagaimana nak mengumpulkan modal melalui teknik kad kredit

    • Percaya atau tidak, anda boleh mendapatkan modal sebanyak RM500, yang penting jangan lebih dari RM500. Jika anda nak menggunakan teknik ini, jangan guna lebih RM500 ringgit untuk bisnes anda sebab kalau guna lebih untuk bisnes anda, dia mempunyai risiko yang tinggi.

  • Rahsia-rahsia mendapatkan pinjaman di bank-bank.

    • Anda akan didedahkan cara yang senang untuk apply loan bank. Tuan Ammar Zahar tidak pernah lagi apply loan bank tapi beliau mempunyai ramai kawan yang dah apply loan bank dan ramai kawan beliau dalam bidang perbankan yang kerjanya memang meluluskan loan. Beliau juga akan bantu anda bagaimana untuk membuat pinjaman di bank jika anda nak membesarkan bisnes. Anda boleh buat loan untuk membesarkan bisnes.

  • Bagaimana nak mendapatkan pelaburan sehingga lima enam angka untuk melabur dalam bisnes.

    • Ini yang Tuan Ammar Zahar buat untuk mendapatkan pelaburan sehingga lima ke enam angka untuk melabur dalam bisnes. Terdapat beberapa bisnes beliau yang mendapatkan pelaburan daripada orang luar. Orang luar tersebut melabur dalam bisnes. Jadi, anda akan diajar bagaimana untuk mendapatkan pelabur, nak tarik pelabur, cara untuk pitch, nak yakinkan pelabur, dan cara untuk memastikan pelabur tersebut berminat untuk invest dalam bisnes anda.

  • Bagaimana anda boleh mendapatkan partner yang anda idam-idamkan.

    • Ramai yang berpartner dengan orang yang salah. Ramai orang salah memilih partner. Ramai orang tidak tahu nak cari partner di mana. Di sini Tuan Ammar Zahar tunjuk cara untuk mencari partner dalam bisnes.

    MODUL 2 – PRODUCTION

    Tuan Ammar Zahar berkongsi tentang bahagian production dalam modul 2. Dalam bahagian production, anda akan belajar kira-kira untuk menentukan sama ada produk yang anda ingin buat itu mempunyai demand atau pun dalam kategori syok sendiri.

    Beliau akan ajar anda lebih detail macam mana untuk kira market sizeCara untuk tahu produk ni ada demand atau tidak. Kalau dulu-dulu, orang guna google keyword tool, tapi sekarang bukan sahaja guna itu. Anda perlu guna banyak lagi cara untuk tahu bisnes tu ada demand atau tidak. Anda perlu ingat bahawa anda tak nak buat bisnes syok sendiri. Anda akan susah nak buat sales lepas setahun kalau syok sendiri. 

    Walaupun anda minat pada sesuatu perkara, anda tak boleh syok sendiri semasa buat bisnes. Lebih baik anda buat bisnes lain yang menguntungkan walaupun anda tak minat produk tersebut. Apa lagi yang akan diajar kepada anda ?

    • Bagaimana cara terbaik untuk mengira kos produk.

      Anda akan diajar cara terbaik untuk mengira kos produk, cara untuk detailkan pengiraan kos, dan tahu sama ada kos tersebut boleh dijimatkan lagi atau tidak.

      Tuan Ammar Zahar akan ajar bila nak mencapai sejuta setahun, adakah produk tersebut perlu ikut minat, ikut market atau ikut trend. Beliau akan berkongsi cara-cara tersebut dan beliau juga memberitahu bahawa anda tidak semestinya minat produk tersebut.

      Terdapat banyak bisnes yang Tuan Ammar Zahar tak minat. Beliau berkata bahawa beliau bukanlah orang yang berfesyen. Jika anda jumpa beliau di luar, beliau bukan orang berfesyen. Beliau juga bukan peminat fesyen. Tetapi bisnes fesyen mendatangkan income yang lumayan untuk beliau. Jadi beliau masuk kerana market dan juga trend.

    • Bagaimana nak menjimatkan lagi kos pembuatan produk anda

      Biasanya orang yang dah ada bisnes akan tanya macam ni sebab dia dah ada produk. Mereka selalu tertanya “ Bagaimana untuk menjimatkan lagi kos dia ? Sebab sekarang kos dia tinggi .

      Tuan Ammar Zahar akan tunjukkan macam mana untuk jimatkan lagi pembuatan produk tersebut dan sekaligus boleh menjimatkan kos.

    • Jawapan bocor produk apa yang laku dan akan sentiasa laku

      Tuan Ammar Zahar berikan jawapan bocor produk apa yang laku dan akan sentiasa laku walaupun musim gawat.

       

    • Lubuk produk juga saya akan kongsikan dan bocorkan dengan anda.

      Beliau juga berkongsi dan bocorkan lubuk produk kepada anda. Sebenarnya anda dapat shortcut tak perlu kena tipu dan tak perlu bayar mahal. Tuan Ammar Zahar berkongsi cerita bahawa ada seorang sahabat beliau buat satu bisnes. Beliau menamakan nya sebagai bisnes A. Sahabat beliau mendapat kos yang 3 kali ganda lebih mahal daripada beliau. Kemudian sahabat Tuan Ammar Zahar bertanya tentang kos produk kerana mereka membuat bisnes yang sama.

      Sahabat Tuan Ammar Zahar terkejut apabila diberitahu kos produk tersebut kerana kosnya jauh lebih murah dan beliau bertanya bagaimana Tuan Ammar Zahar mendapat kos tersebut. Jadi, Tuan Ammar mendedahkan network nya kepada sahabat beliau. Sahabat Tuan Ammar beritahu kos dia selama dua tahun menjalankan bisnes tersebut dan sebenarnya kos produk nya adalah tiga kali ganda daripada Tuan Ammar Zahar.

      Antara kesilapannya ialah dia tidak mengetahui lubuk-lubuk produk. Tuan Ammar Zahar juga boleh berkongsi bagaimana untuk mendapatkan produk yang anda boleh jenamakan mengikut jenama anda dengan kos murah.

    • Macam mana anda boleh mengupah orang untuk menghasilkan produk anda dengan kos yang murah

      Anda nak upah orang buat produk untuk anda ? Tuan Ammar Zahar akan kongsi macam mana untuk mengupah orang untuk menghasilkan produk anda dengan kos yang murah. Beliau akan berkongsi langkah-langkah yang diperlukan dari segi perundangan seperti dokumen apa yang diperlukan. Biasanya orang tak buat yang ni.

      Tetapi Tuan Ammar Zahar akan buat dalam bisnes-bisnes beliau dan beliau juga akan minta anda buat sekiranya anda mengambil pakej Sejuta Setahun. Beliau akan ajar macam mana untuk buat dokumen, legal document, macam mana nak protect diri anda dan cara nak upah orang untuk buat produk anda.

      Terma apa yang anda nak kenakan, cara bayaran macam mana anda patut buat kerana itu adalah sangat-sangat penting. Beliau akan kongsi dalam pakej premium sejuta setahun ini.

      MODUL 3 – OPERATION

      Tuan Ammar Zahar akan bincang tentang operasi dalam modul 3Peniagapeniaga baru wajib tahu bahagian ni. Ramai peniaga-peniaga online tidak mengambil berat bahagian ni, lalu mengakibatkan bisnes yang dijalankan hanya one-man-show sahaja.

      • Macam mana nak cari staf yang berbakat

        Bukan semua staf anda boleh cari melalui iklan. Masalahnya tak semua cara boleh digunakan melalui facebook. Kalau anda nak cari staf A, baru gunakan facebook. Anda nak cari staff jenis B dalam industri B, anda kena gunakan iklan lain. Anda nak cari staf level C dalam industri C, syarikat jenis C anda gunakan cara yang berlainan pula. Beliau akan ajar anda dalam merekrut mengikut pengalaman beliau merekrut ratusan staf.

      • Bila anda patut mula hire pekerja?

        Ini soalan yang selalu ditanya kepada Tuan Ammar Zahar. Bila patut anda mula hire pekerja. Adakah sebelum anda ada modal atau adakah semasa bisnes anda sudah jalan ?

        Tuan Ammar, Bila saya patut hire orang? ”. “ Saya dah buat sale banyak ni patut ke saya hire orang ? ”.

        Ada pula yang bertanya kepada beliau : “ Saya dah hire, tapi patut ke saya hire lagi ? ”. Tuan Ammar Zahar akan tunjukkan formula beliau dalam hiring. Bila anda perlu hire, bila anda akan stop merekrut, bila anda akan mula sesi untuk hiring, dan banyak lagi. Beliau akan kongsikan formula tersebut

        Berapa nak bayar gaji staff?

        Berapa nak bayar gaji staff Tuan Ammar Zahar akan beri formula untuk menentukan gaji. Berapa banyak yang anda perlu bayar bergantung kepada bisnes dan bergantung kepada industri juga. Ini sangat penting. Paling penting berapa nak bagi. Anda sendiri perlu tahu sebelum staf tahu berapa patut dia minta daripada anda.

      • Siapa yang perlu anda hire untuk peringkat awal.

        Siapa yang perlu anda hire untuk peringkat awal ? Pada peringkat awal, orang selalu bertanya Perlukah saya cari staf sedangkan bisnes saya hanya photography ? Patut ke saya hanya photografer tambahan ataupun saya hire editor dulu ? Ataupun saya nak hire HR dulu ? .

        Siapa yang patut anda hire untuk peringkat awal. Yang ni penting dalam pakej premium sebab anda akan diberi peluang untuk Q&A dengan Tuan Ammar Zahar, bersoal jawab dan anda boleh terangkan mengenai bisnes anda. Beliau akan ajar dan kongsikan apakah formula untuk bisnes anda. Spesifik kepada keperluan bisnes anda.

      • Contoh SOP dan bagaimana nak menghasilkan SOP

        Yang kelima, Tuan Ammar Zahar berikan anda contoh SOP dan bagaimana untuk hasilkan SOP. Beliau juga akan tunjuk contoh SOP syarikat beliau. SOP sangat penting dalam bahagian HR untuk mengautomasikan bisnes anda. Anda boleh buat bisnes betul-betul bila dah master bab ni.

        MODUL 4 – FACEBOOK ADS ADVANCE

        Modul yang keempat merupakan modul kegemaran Tuan Ammar Zahar dan semua orang sebab ini ialah bahagian marketing & sales. Apa yang menarik dalam modul ini, beliau akan kongsi semua strategi FB Ads beliau kepada anda seperti berikut.

        • Bagaimana nak mengiklan untuk membuat jualan segera

          Pertama sekali, anda akan diajar macam mana nak mengiklan untuk membuat jualan segera. Tuan Ammar Zahar akan kongsi dalam video 4 bagaimana beliau menjual jubah untuk dapatkan jualan segera 150 unit minimum dalam masa sebulan dan semasa anda buat pre-order, anda akan berjaya habiskan dalam masa satu dua hari sahaja. Anda perlukan skill yang berbeza untuk habiskan 10 produk dalam masa 1 hingga 2 hari.

          Tuan Ammar Zahar juga telah memberikan formula tersebut kepada beberapa orang dan terbukti lapan persepuluh berjaya. Beliau akan beri kepada anda jika anda ambil pakej premium sejuta setahun.

        • Teknik copywriting memukau yang mampu memikat pelanggan.

          Yang kedua ialah teknik copywriting memukau yang boleh memikat pelanggan. Tuan Ammar Zahar berkongsi satu sejarah beliau dalam bidang copywriting, di mana beliau aktif dalam forum dan beliau pernah menawarkan servis copywriting menulis ayat sales letter di forum luar negara dengan harga USD4000 untuk 1 sales letter.

          Sebab itulah Tuan Ammar Zahar tidak menerima servis buat sales letter di Malaysia sebab kos yang beliau kenakan agak tinggi. Beliau hanya buat sales letter untuk produk beliau sahaja. Beliau juga akan tunjuk macam mana beliau buat copywriting.

        • Bagaimana Nak Dapatkan Kos Iklan Sen-Sen Je

          Tuan Ammar Zahar akan tunjuk cara untuk dapatkan kos iklan sen-sen dibawah 10sen. Sebenarnya, dengan kos 4 sen, 2 sen, atau 1 sen pun anda masih boleh beriklan. Tuan Ammar Zahar berkata bahawa kadang-kadang beliau pelik kenapa orang masih cakap kos iklan mahal, sedangkan beliau boleh dapatkan iklan yang murah.

          Beliau gunakan page yang baru buat semalam, esok buat ads dan lusa tengok, kos tinggal dalam 4 sen dan esok lagi tengok, tinggal 2 sen pulak. Beliau juga buat multiple page macam tu, jadi beliau akan kongsi dengan anda sebab yang ni latest strategi 2016 yang baru saja beliau discover.

          Tuan Ammar Zahar berkata beliau tak pasti orang lain tahu atau tidak, tapi ini kali pertama beliau akan kongsikan dengan umum sebab beliau dah tak buat kelas facebook dekat Jootawan. Sebab dekat Jootawan, mereka sudah ada trainer sendiri, jadi beliau akan dedahkan dalam pakej premium.

        • Jenis-jenis iklan di facebook supaya sesuai dengan bisnes anda

          Yang keempat ialah jenis-jenis iklan di facebook dan yang mana patut anda gunakan sesuai dengan bisnes anda. Biasanya, orang akan tanya yang mana satu nak buat ? Nak buat web click, boost post, nak buat video views, nak dapatkan lead terus, nak buat iklan jenis canvas, nak buat iklan jenis carousel, nak buat iklan upload satu gambar saja, nak masuk ke instagram ads atau nak tarik like ?

          Ia bergantung kepada objektif bisnes dan bergantung kepada tujuan iklan anda. Jika anda nak buat Branding, guna cara XX. Untuk buat positioning, anda perlu guna cara YY. Jika nak sales segera, anda guna cara ZZ. Tuan Ammar Zahar akan tunjukkan kepada anda.

        • Bagaimana nak gunakan facebook pixel dan kenapa PERLU GUNA?

          Yang kelima ialah advance. Macam mana nak guna facebook pixel untuk meningkatkan jualan dan conversion anda ? Siapa yang tak gunakan facebook pixel amat rugi kerana dengan facebook pixel, anda dapat increase sales dan conversion rate anda.

          Tuan Ammar Zahar sendiri promo video sejuta setahun gunakan facebook pixel. Beliau menggunakan facebook pixel masing-masing untuk setiap produk beliau seperti Jootawan, Aztetic dan Andter.

        • Bagaimana untuk MASTER dalam custom audience

          Yang keenam, Tuan Ammar Zahar akan ajar anda cara untuk master dalam custom audience supaya anda boleh dapat prospek yang memang berkualiti dan berpotensi tinggi untuk membeli.

          Ramai orang buat iklan, akan buat copywriting dulu lepas tu set target dan seterusnya baru masuk audience. Tetapi strategi Tuan Ammar Zahar pula terbalik, beliau set audience dulu. Beliau akan set di bahagian audience yang paling lama. Yang kedua ialah copywriting. Bila anda dapat audience yang berkualiti, anda akan betul-betul master dekat bahagian Audience seperti lookalike audience, saved audience, custom audience, website traffic, email, facebook ID dan sebagainya.

          Jika anda betul-betul master bahagian tu, anda boleh dapat murah. Salah satu cara untuk dapat murah ialah menggunakan custom audience yang betul.

        • Bagaimana menetapkan bajet untuk iklan anda di facebook

          Yang ke tujuh ialah macam mana nak menetapkan bajet untuk iklan anda di facebook. Ramai yang tanya tentang ni. Tuan Ammar Zahar akan tunjuk macam mana nak tetapkan bajet di facebook. Kalau letak banyak, nanti habis makan kad debit anda. Jadi, Tuan Ammar Zahar akan tunjuk berapa nak letak nanti. Formula dan macam mana nak kira.

        • Tektik nak buat SPLIT TEST untuk mendapatkan iklan PALING MURAH dan PALING BERKESAN!

          Yang kelapan ialah taktik untuk membuat split test untuk mendapatkan iklan paling murah dan paling berkesan. Kalau nak dapat yang paling murah, paling berkesan, dan paling convert sales, anda perlu buat split test. Anda dapatkan winning ads. Winning ads ialah iklan yang menang antara iklan-iklan yang lain.

        • Bagaimana nak memaksimakan penggunaan demografi supaya dapat micro target yang super duper murah!

          Yang kesembilan ialah macam mana nak memaksimakan penggunaan demografi supaya dapat micro target yang super duper murah. Anda akan diajar yang ini fokus pada demografik saja.

          Jadi anda akan fokus dekat situ. Jika anda baru nak bermula dengan facebook ads pun boleh. Kalau anda dah biasa dengan facebook ads lagi dipersilakan sebab Tuan Ammar Zahar akan tunjukkan yang advance 2016 punya.

          MODUL 5 – EMAIL MARKETING

          Modul yang ke lima adalah teknik email marketing. Sebelum menguasai facebook ads, Email marketing adalah satu subjek yang Tuan Ammar Zahar kuasai sebelum ni. Jom tengok apa yang akan beliau kongsikan :

          • Bagaimana anda nak mengautomasikan bisnes anda menggunakan email marketing

            Yang pertama, Tuan Ammar Zahar akan kongsi bagaimana untuk mengautomasikan bisnes anda menggunakan email marketing. Anda boleh automate bisnes anda dengan menggunakan email marketing. Ada 1-2 autoresponder yang memang boleh automate, seteruslah beliau akan tunjukkan dalam video premium.

          • Bagaimana nak kumpul 100 email prospek berkualiti dalam masa sehari

            Yang kedua, macam mana nak kumpul 100 email prospek berkualiti dalam masa sehari. Percaya atau tidak, Tuan Ammar Zahar baru saja masuk satu niche baru yang beliau tak pernah masuk dan bermula dari ZERO untuk mencabar diri beliau.

            Akhir sekali, beliau berjaya kumpul 100 email prospek yang berkualiti dalam masa sehari. Bukan sahaja email, beliau juga dapat nombor phone lagi. Jadi beliau akan tunjukkan macam mana dalam masa sehari saja.

          • Bagaimana menjadikan email list anda sebagai mesin ATM yang boleh memberi anda cash

            Yang ketiga ialah cara untuk menjadikan email list anda sebagai mesin ATM yang boleh memberi anda cash pada bila-bila masa sahaja. Sekarang ni, dah ada apps autoresponder dekat phone. Anda dah boleh tulis email dekat phone sahaja. Ia memberikan anda satu peluang kalau tak ada duit, anda email dan hantar dekat anda punya list.

            Jadi, ini salah satu strategi untuk jadikan ia sebagai mesin ATM. Tapi yang paling penting, Tuan Ammar Zahar akan ajar copywriting apa yang nak digunakan dan ayat jualan macam mana yang nak digunakan. Beliau akan kongsi rahsia autoresponder beliau dalam menghasilkan kempen automatik bekerja dan menghasilkan wang besar ni.

          • Teknik set and forget dalam membina pendapatan setiap hari menggunakan email marketing.

            Yang ke empat ialah teknik set and forget untuk membina pendapatan setiap hari menggunakan email marketing. Anda akan setup kempen siap-siap walaupun Tuan Ammar Zahar akan beri jadual beliau kepada anda. Beliau ada buat jadual dalam tempoh 30 hari dalam tu. Beliau akan beri anda jadual tu supaya anda boleh copy paste seperti hari pertama perlu buat apa dan hari kedua perlu buat apa.

            Tuan Ammar Zahar akan share terus kepada anda. Jadi, anda boleh menilai sendiri apa yang akan anda dapat dan berapa banyak masa yang anda boleh jimatkan. Berapa banyak duit yang anda jimat dengan pemberian beliau.

            MODUL 6 – OFFLINE + ONLINE

            Ini modul BARU dalam mana-mana perkongsian beliau. Beliau tak pernah lagi mengajar teknik gabungan ONLINE dan OFFLINE beliau kepada mana-mana orang lagi sebelum ni. Jom tengok apa yang beliau akan ajar..

            • Bagaimana anda boleh mengumpul database di offline

              Beliau akan ajar anda bagaimana anda boleh mengumpul database di offline event dan follow up secara online untuk closing sales. Yang ini feveret kepada peniaga peniaga offline seperti butik, produk stokis, kesihatan, etc.  Ditunjukkan macam mana nak kumpul database dengan cara mudah dan follow up secara online untuk closing sales. Follow up pun anda set automatik tak perlu lagi kerja keras untuk key in. NO Key in semua tu. Anda guna sistem. Beliau akan tunjukkan caranya.

            • Bagaimana nak membanjirkan kedai atau event offline anda dengan pelanggan!

              Yang kedua bagaimana nak membanjirkan kedai atau event offline anda dengan pelanggan menggunakan secret online method. Yang ini terbalik pulak. Tadi anda kumpul leads kat offline anda follow up kat online untuk closing buat sales online. Tapi yang kedua ni terbalik. Jika anda ada butik ke, kafe ke, restoran ke beliau selalu ajar client beliau macam mana diorang nak penuhkan kedai dia dengan pelanggan. Beliau akan ajar secret online method ni macam mana.

            • Bagaimana menggunakan iklan offline tersembunyi berjaya kumpul 1600 prospek berkualiti dalam masa 24 jam

              Next bagaimana menggunakan iklan offline tersembunyi berjaya kumpul 1600 prospek berkualiti dalam masa 24 jam sahaja. Beliau akan tunjukkan salah satu kaedah pengiklanan offline beliau yang tak ramai orang tahu tetapi bila anda buat, ia berjaya mengumpul 1600 prospek berkualiti dalam tempoh 24 jam sahaja.

            • Kenapa kedai offline bakal dikuburkan jika tidak menggunakan strategi online ini.

              Yang ke empat, Kenapa kedai offline bakal dikuburkan jika tidak menggunakan strategi online ini. Apa strategi tu? Yang tu beliau akan ajarkan dalam pakej premium. Kalau kedai offline yang tak guna cara ni,tak lama lagi susah nak hidup. Sekarang ini lagi-lagi banyak persaingan, banyak butik tutup kedai, banyak kafe tutup. Sebab, tak guna strategi online ini. Saya akan tunjuk, apa strategi yang di orang tak guna tu.

              MODUL 7 – AUTOMATIK

              Dan modul yang ketujuh, modul yang WAJIB ada untuk setiap peniaga iaitu modul automatik. Macam mana nak mengautomasikan bisnes anda supaya anda ada lebih banyak masa. Lebih banyak masa dengan family anda, lebih banyak masa untuk buat apa yang anda suka. Itu kelebihan modul ini. Beliau akan tunjukkan macam mana nak automatekan bisnes anda. Sebab bila anda buat banyak bisnes, macam beliau ada banyak bisnes, banyak syarikat, jadi tak boleh buat semua benda sendirian.

              Perlu automasikan bisnes-bisnes tersebut. Jadi macam mana nak automasikan, ada formulanya sendiri dan akan dikongsikan kepada anda.

              • Bagaimana membuatkan bisnes anda bekerja untuk anda.

                Yang pertama bagaimana membuatkan bisnes anda bekerja untuk anda bagi mendapatkan pendapatan sejuta setahun. Awal-awal sudah tentu anda kena buat sendiri dulu untuk know the numbers. Calculation tu nak kena ada kan. So anda kena buat sendiri dulu tapi bila dah buat sendiri pada satu tahap kita akan pastikan bisnes kita pula bekerja untuk kita. Bisnes kita pulak yang kena bekerja untuk kita untuk mendapatkan income sejuta setahun untuk kita.

              • Menggunakan Sistem Online POWER Untuk Mengautomasikan Bisnes!

                Yang kedua untuk mengautomasikan ini kita akan guna sistem online. Di Jootawan beliau gunakan macam-macam sistem untuk mengautomasikan bisnes beliau. Sistem rahsia ini perlu digunakan untuk memastikan bisnes anda berjalan secara automatik.

              • Bagaimana mengiklan kemudian close pelanggan dan menghantar produk terus boleh dijalankan secara automatik!!

                Yang ketiga bagaimana mengiklan kemudian close pelanggan dan menghantar produk terus boleh dijalankan secara automatik supaya anda boleh bercuti dan menggunakan masa dengan orang yang tersayang.

                Dengan pasukan yang kecil – mungkin pasukan anda hanya ada dua orang sahaja atau pun 3 orang sahaja pun tak ada masalah. Beliau dah buktikan dengan pasukan yang kecil, iklan jalan automatik, closing secara automatik, hantar produk secara automatik!

                Sangat sangat senang! Akan kongsikan dalam modul ini nanti supaya anda ada banyak masa. Itu yang kita berkehendak. Kita tak nak kita makin buat bisnes makin tak ada masa dengan family.

                Jangan ingat dunia sangat kita kena ingat akhirat juga dengan cara perbanyakkan sistem kita, mesin kita dengan cara mengautomasikan bisnes kita.

              • Beliau BOCORKAN dan kongsi salah satu sistem income automatik beliau yang disorokkan selama ni!

                Yang keempat beliau akan kongsi salah satu sistem income automatik beliau kepada anda. Yang ni memang set and forget untuk menghasilkan sejuta setahun dan anda boleh copy paste terus!

                Ditunjukkan sistem ni hantar ke mana sistem ni hantar ke mana terus set and forget terus! Mungkin orang yang tak tahu kaedah ini akan berkata “Wah, macam bagus Ammar Zahar ni ntah-ntah menipu kot. Mana ada income automatik macam tu menipu orang!” kalau dia cakap macam tu dia belum tengok sistem-sistembeliau dan mungkin dia belum tengok kaedah yang digunakan sebab tu dia boleh berkata-kata macam tu.

                Tetapi percayalah kalau anda dah tengok sistem yang beliau tunjukkan ini, anda pasti yakin yang anda juga boleh buat perkara yang sama sebab anda sendiri dah tengok bahawa Ammar Zahar merupakan CEO bagi syarikat teknologi yang membuat software.

                Jadi tak ada masalah untuk beliau menghasilkan software yang kita nak tapi kita tak jual kepada public. Tak ada masalah sistem-sistem online yang lain pun banyak yang ramai orang tak discover ramai orang tak tahu tetapi kita gunakan.

                Harga asal:RM799

                Harga selepas diskaun :RM100   

                Jumlah Durasi video : 6 jam 50 minit++                           Video video ini dirakam pada tahun 2016.

                Sila ke page tempahan produk untuk mendapatkan rakaman Premium Sejuta Setahun ini.

                Penafian : Laman web ini tidak ada kena mengena dengan Tuan Ammar Zahar dan Jootawan Group.
                Produk produk Jootawan yang dijual di laman web ini didapatkan dari lesen jualan semula dari Jootawan Group.